Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Naikkan Elaun Perumahan Polis Ringankan Beban Anggota Berpangkat Rendah Kpn

Published: 18 Jul 2020 10.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan menaikkan elaun perumahan anggota pasukan keselamatan itu untuk membantu meringankan beban yang dipikul mereka susulan peningkatan kos sara hidup.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-naikkan-elaun-perumahan-polis-ringankan-beban-anggota-berpangkat-rendah-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT

Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerajaan menaikkan elaun perumahan anggota pasukan keselamatan itu untuk membantu meringankan beban yang dipikul mereka susulan peningkatan kos sara hidup.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, keutamaan harus diberikan kepada anggota berpangkat rendah kerana golongan itu dilihat lebih banyak berdepan kesukaran.

Beliau berkata kerajaan perlu mempertimbangkan isu ini kerana terdapat anggota pasukan keselamatan itu yang sering mengadu terpaksa membayar sewa rumah tinggi terutama mereka yang tinggal di bandar besar dan elaun yang diberikan ketika ini tidak mencukupi.

"Saya selalu memperjuangkan elaun rumah untuk anggota. Saya bukan mahu kenaikan gaji akan tetapi elaun rumah terutama bagi anggota polis yang berpangkat rendah.

"Kalau mereka bergaji RM1,500 manakala rumah sewanya dibayar sebanyak RM600 dengan elaun yang hanya dapat RM260, jadi ia perlu ditambah lebih RM300 lagi," katanya kepada Bernama di Bukit Aman di sini.

Katanya disebabkan pemberian elaun perumahan yang rendah itu juga, beliau sering mempertahan dan melarang penjualan tanah milik PDRM kepada syarikat swasta yang ingin mengambil kesempatan kononnya mahu membangunkan kawasan tersebut.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1861877

Sumber: Bernama

Artikel Pilihan Naikkan Elaun Perumahan Polis Ringankan Beban Anggota Berpangkat Rendah Kpn
ArticlePublished 18 Jul 2020 10.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM