Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Mpv Baharu Polis Ronda Lokasi Tumpuan Pelancong

Published: 15 Sep 2020 12.11 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 15 September 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Unit Polis Pelancong (UPP) akan menggunakan kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8S untuk membantu meningkat tahap keselamatan di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mpv-baharu-polis-ronda-lokasi-tumpuan-pelancong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT

Kota Bharu, 15 September 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Unit Polis Pelancong (UPP) akan menggunakan kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic 1.8S untuk membantu meningkat tahap keselamatan di lokasi tumpuan pelancongan di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, daripada jumlah keseluruhan 425 buah MPV bernilai RM67 juta yang diterima, sebanyak 20 buah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Beliau berkata, daripada jumlah yang diterima, sebuah MPV akan digunakan untuk UPP bagi menjalankan tugas rondaan di kawasan tumpuan pelancongan di negeri ini.

Katanya, selain MPV, IPK Kelantan turut menerima 10 buah lori jenis Hino bernilai RM 4.4 juta untuk kegunaan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Kelantan.

“Kita juga akan menambah 170 lagi MPV model Proton X70 kepada kontinjen seluruh negara dalam masa terdekat," ujarnya lagi.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.kosmo.com.my/…/mpv-baharu-polis-ronda-lokasi-t…/

Sumber: Kosmo

https://www.kosmo.com.my/2020/09/15/mpv-baharu-polis-ronda-lokasi-tumpuan-pelancong/?fbclid=IwAR3Pb1j_N4nY8DEPeALDrJUDhhRRHZ92xWJMLGSgV9ChK9LONdFFmL_FbCM
ArticlePublished 15 Sep 2020 12.11 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM