Article
Artikel Pilihan Modul Khas Tangani Buli Dilancar Oktober
Alor Gajah, 26 September 2023 - Satu modul khas akan dilancarkan bulan depan oleh Polis Diraja Malaysia bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar seko...
Alor Gajah, 26 September 2023 - Satu modul khas akan dilancarkan bulan depan oleh Polis Diraja Malaysia bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti di seluruh negara.
Kata beliau, ia terpakai untuk semua golongan pelajar bermula dari darjah satu sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi yang turut melibatkan kaunselor-kaunselor universiti.
“Dalam beberapa minggu atau sebulan lagi kita akan lancarkan modul ini di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan sebagainya.
“Sekarang ini kita sedang dalam proses untuk menyusun balik modul (Mekar) itu yang pernah kita lancarkan di Johor dulu, namun terhenti kerana COVID-19,” katanya pada forum Seminar Pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bagi Memperkasa Masyarakat Madani di Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, semalam.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,