Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Modul Khas Tangani Buli Dilancar Oktober

Diterbitkan: 26 Sep 2023 8.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Alor Gajah, 26 September 2023 - Satu modul khas akan dilancarkan bulan depan oleh Polis Diraja Malaysia bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-modul-khas-tangani-buli-dilancar-oktober
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:43 MYT
Alor Gajah, 26 September 2023 - Satu modul khas akan dilancarkan bulan depan oleh Polis Diraja Malaysia bagi mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, modul tersebut merupakan penambahbaikan Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja (MEKAR) yang diperkenalkan ketika beliau menjadi Ketua Polis Johor.

Kata beliau, ia terpakai untuk semua golongan pelajar bermula dari darjah satu sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi yang turut melibatkan kaunselor-kaunselor universiti.
“Dalam beberapa minggu atau sebulan lagi kita akan lancarkan modul ini di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

“Sekarang ini kita sedang dalam proses untuk menyusun balik modul (Mekar) itu yang pernah kita lancarkan di Johor dulu, namun terhenti kerana COVID-19,” katanya pada forum Seminar Pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Bagi Memperkasa Masyarakat Madani di Kampus Induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka di sini, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2023 8.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM