Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Mengaku Gengster Saya Ambil Tindakan Bawah Sosma Kpn

Diterbitkan: 16 Jul 2020 2.40 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan “Sesiapa yang mengaku dirinya ‘gengster’, semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)”.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mengaku-gengster-saya-ambil-tindakan-bawah-sosma-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 19:13 MYT

Kuala Lumpur, 16 Julai 2020 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador hari ini dengan tegas menyatakan “Sesiapa yang mengaku dirinya ‘gengster’, semua saya akan tangkap dan ambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA)”.

Katanya, beliau dan pasukannya kini dalam misi untuk membersihkan budaya gengsterisme di negara ini, dan memperbetulkan minda masyarakat, supaya elemen-elemen gengsterisme dapat dibendung di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

“Sekarang ini, ada pelajar sekolah menengah yang berada di Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sudah pandai asosiasikan diri dengan kumpulan gengster antaranya ‘Ayahanda’, sampai boleh ugut orang minta duit. Gengsterisme ini saya hendak ‘sapu’ semuanya,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak akan memberi ruang dan akan memerangi isu gengsterisme ini secara habis-habisan.

Tegasnya, beliau tidak akan bertoleransi terhadap gengsterisme di negara ini, dan akan menahan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jika terlibat dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Hamid telah mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, untuk melaksanakan operasi secara menyeluruh membanteras lumba haram di negara ini.

“Selain itu, saya bercadang untuk mewujudkan satu fail kes bagi menahan penganjur perlumbaan haram, di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

“Penganjuran perlumbaan haram ini menggalakkan lagi berlaku kes jenayah seperti kecurian motosikal, maka polis akan menggunakan POCA ini untuk menahan mereka,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1861263

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 16 Jul 2020 2.40 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM