Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Markas Sindiket Didalangi Warga China Diserbu Rm2 5 Juta Dirampas

Published: 18 Oct 2020 1.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
olis membongkar kegiatan sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti mempromosikan pelacuran, penipuan serta urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China yang membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM2.5 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-markas-sindiket-didalangi-warga-china-diserbu-rm2-5-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 00:44 MYT

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2020 - Polis membongkar kegiatan sindiket dipercayai terbabit dengan aktiviti mempromosikan pelacuran, penipuan serta urus niaga mata wang krypto bagi pasaran di China yang membawa kepada penemuan wang tunai kira-kira RM2.5 juta.

Wang tunai berkenaan ditemui di dalam tiga beg pakaian oleh sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Desa Bukit Tiara, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, serbuan di rumah berkenaan dilakukan susulan serbuan di sebuah kondominium di Kajang, Selangor, 2 petang, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga China berusia antara 21 hingga 28 tahun.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/…/markas-sindiket-didalangi-warga…

Sumber: @Harian Metro

ArticlePublished 18 Oct 2020 1.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM