Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Mapo Perhebat Usaha Banteras Jenayah Pemerdagangan Orang

Published: 02 Aug 2021 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 - Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan jenayah ketiga tertinggi di dunia selepas pengedaran dadah serta penyeludupan senjata api dan Malaysia tidak terkecuali daripada aktiviti haram ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-mapo-perhebat-usaha-banteras-jenayah-pemerdagangan-orang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 - Jenayah pemerdagangan orang adalah merupakan jenayah ketiga tertinggi di dunia selepas pengedaran dadah serta penyeludupan senjata api dan Malaysia tidak terkecuali daripada aktiviti haram ini.

Malah insiden jenayah pemerdagangan orang di Malaysia menunjukkan tren peningkatan dengan rekod 165 kes pada tahun 2020 berbanding hanya 17 kes yang dilaporkan pada tahun 2008.

Selain itu jenayah penyeludupan migran di negara ini juga dilihat semakin serius dengan pertambahan bilangan kes yang mendadak iaitu daripada tiga kes pada tahun 2010 kepada 265 kes pada tahun 2020.

Menurut statistik Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), sejak tahun 2015 sehingga Jun 2021, sebanyak 1,854 kes pemerdagangan dengan jumlah tangkapan seramai 2,732 orang pesalah.

Seramai 10,463 orang mangsa pula berjaya diselamatkan serta diberikan perlindungan. Kesemua mangsa ditempatkan di 10 buah rumah perlindungan kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara.

Daripada laporan media massa, banyak kes penyeludupan imigran asing ini dibantu oleh sindiket tempatan untuk menyelinap masuk ke negara ini dan semestinya perkara ini mengancam keselamatan dan kedaulatan undang-undang negara.

Bagi mengekang penularan jenayah berkenaan, kerajaan Malaysia menggubal satu undang-undang khusus iaitu Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran atau ATIPSOM (2007) yang mula berkuatkuasa pada tahun 2008.

Selaras dengan penggubalan Akta ATIPSOM tersebut, kerajaan juga menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), antara lain bagi menyelaraskan pelaksanaan Akta ATIPSOM.

"MAPO juga berperanan merumuskan dasar dan program untuk mencegah serta memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia.

"Ia juga berfungsi serta bertindak secara inklusif kerana ia dianggotai oleh pelbagai kementerian, agensi-agensi penguatkuasaan dan juga organisasi lain serta Pertubuhan Bukan kerajaan yang berkaitan," Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainuddin memberitahu BERNAMA dalam satu wawancara eksklusif baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1988315

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 02 Aug 2021 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM