Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Maktab Pdrm Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber Kpn

Diterbitkan: 11 Mar 2024 9.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu antara usaha PDRM mendepani cabaran berkaitan jenayah terbabit yang disifatkan kian meruncing di negara ini berikutan kelemahan tembok keselamatan (firewall) sehingga berlaku serangan siber hampir setiap hari.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-maktab-pdrm-sedia-jadi-hab-pembelajaran-keselamatan-siber-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:31 MYT
 
Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menjadikan Maktab PDRM di Cheras sebagai hab pembelajaran dan penyelidikan keselamatan siber dan pencegahan penyalahgunaan bahan terlarang.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu antara usaha PDRM mendepani cabaran berkaitan jenayah terbabit yang disifatkan kian meruncing di negara ini berikutan kelemahan tembok keselamatan (firewall) sehingga berlaku serangan siber hampir setiap hari.

"Maktab PDRM sudah bersiap sedia untuk menjadi pusat bagi penyelidikan dan latihan dalam keselamatan siber serta pembanterasan penyalahgunaan bahan terlarang. Ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam memerangi ancaman ini di peringkat serantau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis PDRM Special Dialogue 2024 sempena peringatan Hari Polis Tahun ke-217, di Maktab PDRM yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Tuan Fahmi Fadzil.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2278143

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 11 Mar 2024 9.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM