Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lokasi Parti Persendirian Ditukar Ke Kelab Rekreasi Timbalan Kpn

Diterbitkan: 07 Dec 2021 8.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 - Semua ketua polis negeri sudah diarahkan menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kelab rekreasi susulan perubahan lokasi parti persendirian dari premis hiburan ke kelab berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lokasi-parti-persendirian-ditukar-ke-kelab-rekreasi-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:16 MYT
Kuala Lumpur, 7 Disember 2021 - Semua ketua polis negeri sudah diarahkan menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) di kelab rekreasi susulan perubahan lokasi parti persendirian dari premis hiburan ke kelab berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata modus operandi itu dikesan selepas serbuan parti persendirian di sebuah kelab rekreasi di ibu negara yang membawa kepada tindakan kompaun berjumlah RM1.565 juta.

Katanya, kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikenakan atas beberapa pelanggaran SOP PPN termasuk tiada penjarakan fizikal oleh pengunjung dan penganjur parti berkenaan.

"Kelmarin, berlaku parti persendirian di kelab rekreasi di Brickfields di mana kita kompaun 303 orang membabitkan 87 warga tempatan dan 216 warga asing.
"Kita juga menjalankan ujian saringan air kencing dan hasilnya 24 warga tempatan serta empat warga asing positif pelbagai jenis dadah termasuk Methamphetamine serta Amphethamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta 342, Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 32 Akta Eksais 1976.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lokasi-parti-persendirian...

Sumber: Berita Harian

Lokasi parti persendirian ditukar ke kelab rekreasi - Timbalan KPN | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2021 8.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM