
Artikel
Artikel Pilihan Lima Superman Berkonvoi Merempit Kena Cekup
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Buk...
Shah Alam, 3 April 2024 - Aksi samseng jalanan yang dilakukan secara 'suka-suka' di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini ketika berkonvoi pulang ke rumah selepas menjamu selera menjerat diri selepas ditahan polis pada Rabu.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, operasi yang dijalankan oleh Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman itu mengesan lima penunggang yang melakukan aksi “superman” dan bersaing sesama sendiri.
Menurutnya, kesemua mereka kemudian ditahan selepas memberhentikan motosikal masing-masing di kawasan rumah di sekitar Shah Alam.
"Kesemua yang ditangkap merupakan lima lelaki tempatan berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.
"Polis turut menyita kesemua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC," katanya kepada Sinar Harian pada hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../lima-superman...
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian