Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Pdrm Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia Thailand Kpn

Diterbitkan: 29 Apr 2024 10.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kota Bharu, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-letupan-bom-sungai-golok-pdrm-tingkat-kawalan-keselamatan-sempadan-malaysia-thailand-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:52 MYT
Kota Bharu, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM juga pada masa sama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand.
Beliau berkata hubungan bilateral PDRM dengan pihak berkuasa Thailand amat baik terutamanya melibatkan isu persempadanan negara.

"Keselamatan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sempadan negara perlu diutamakan termasuklah keselamatan anggota PDRM yang bertugas di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata semua Ketua Polis Negeri terutamanya Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak diminta bersiap-siaga berhubung insiden berkenaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

Artikel Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Pdrm Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia Thailand Kpn
ArtikelDiterbitkan 29 Apr 2024 10.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.15 PM