Article
Artikel Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Pdrm Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia Thailand Kpn
Kota Bharu, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bun...
Kota Bharu, 29 April 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat awal hari ini.
Beliau berkata hubungan bilateral PDRM dengan pihak berkuasa Thailand amat baik terutamanya melibatkan isu persempadanan negara.
"Keselamatan penduduk yang menetap di kawasan berhampiran sempadan negara perlu diutamakan termasuklah keselamatan anggota PDRM yang bertugas di kawasan berkenaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Tan Sri Razarudin berkata semua Ketua Polis Negeri terutamanya Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak diminta bersiap-siaga berhubung insiden berkenaan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
