Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Kawalan Sempadan Diperketat Cegah Elemen Tidak Diingini Kpn

Published: 09 Mar 2025 11.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kota Bharu, 9 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-letupan-bom-sungai-golok-kawalan-sempadan-diperketat-cegah-elemen-tidak-diingini-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
 
Kota Bharu, 9 Mac 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat kawalan sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom di Pekan Sungai Golok, selatan Thailand.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sentiasa memantau perkembangan di Wilayah Narathiwat dan kawalan ketat telah dikuatkuasakan serta-merta sehingga situasi disahkan selamat.

Beliau berkata operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan telah diarahkan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan memperketat kawalan di pos PGA serta sepanjang Sungai Golok bagi mencegah kemasukan elemen tidak dingini ke Malaysia.

"Selain itu, pasukan Strike Force Kompeni dan Risik Batalion turut diarahkan mempergiat rondaan di pangkalan haram serta kawasan 'hotspot' di sepanjang Sungai Golok," katanya kepada Bernama hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

 https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Letupan Bom Sungai Golok Kawalan Sempadan Diperketat Cegah Elemen Tidak Diingini Kpn

ArticlePublished 09 Mar 2025 11.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM