Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Hina Polis Di Facebook Ditahan

Diterbitkan: 13 Oct 2020 9.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sungai Petani, 13 Oktober 2020 - Polis menahan seorang lelaki yang membuat kenyataan jelek dan menghina pasukan keselamatan itu di laman Facebook di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-hina-polis-di-facebook-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:46 MYT

Sungai Petani, 13 Oktober 2020 - Polis menahan seorang lelaki yang membuat kenyataan jelek dan menghina pasukan keselamatan itu di laman Facebook di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, suspek yang berusia 44 itu ditahan di rumahnya di Padang Temusu di sini, kira-kira pukul 7 petang.

Katanya, tindakan tersebut diambil selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit.

“Lelaki terbabit didapati memberi komen berunsur penghinaan terhadap sekeping gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook lain di ruangan Facebook berbahasa Mandarin “Orang Sp”.

“Gambar yang dimuat naik memperlihat empat anggota polis trafik yang sedang bertugas dengan tulisan yang diterjemahan ke Bahasa Inggeris “Batu 2 To Metro Road”,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shamsudin, status berkenaan dikomen oleh suspek yang apabila diterjemahan ke Bahasa Inggeris berbunyi ‘These white-footed ones are out of money, no money left, come out to find food’,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.utusan.com.my/…/lelaki-hina-polis-di-facebook-…/

Sumber: Harian Metro dan Polis Daerah Kuala Muda

Image may contain: 1 person, text that says 'Mlkmnlty MUDA KUALA POLIS 214 Like Share Lo Wen Long These white-footed ones are out of money, no money left,
ArtikelDiterbitkan 13 Oct 2020 9.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM