Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Lebih 200 Pangkalan Haram Di Sungai Golok Ditutup Sejak Disember Lepas Mdn

Published: 04 May 2025 12.04 PM Updated: 15 Aug 2026 8.03 PM
Pasir Mas, 4 Mei 2025 - Lebih 200 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan telah ditutup sejak Disember lepas susulan tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri dalam menangani jenayah rentas sempadan, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lebih-200-pangkalan-haram-di-sungai-golok-ditutup-sejak-disember-lepas-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:13 MYT
Pasir Mas, 4 Mei 2025 - Lebih 200 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, Kelantan telah ditutup sejak Disember lepas susulan tindakan tegas Kementerian Dalam Negeri dalam menangani jenayah rentas sempadan, kata Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tindakan itu sebahagian hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara yang dipengerusikannya sebelum ini, bertujuan memperketat pengawasan di sepanjang 103 kilometer laluan sempadan berkenaan.

“Tindakan penutupan pangkalan haram dan pelaksanaan pendekatan 'omnipresence' oleh pasukan keselamatan berjaya mengurangkan kemasukan keluar masuk secara haram.

"Walaupun belum ada jumlah signifikan (jumlah individu keluar masuk sempadan), trend keluar masuk secara haram terkawal sejak larangan merentas sempadan negara menggunakan laluan haram berkuat kuasa pada Disember tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Rantau Panjang di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

 
ArticlePublished 04 May 2025 12.04 PMUpdated 15 Aug 2026 8.03 PM