Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kukuhkan Perpaduan Elakkan Perpecahan Kpn

Published: 26 Nov 2023 12.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: Sinar Harian
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kukuhkan-perpaduan-elakkan-perpecahan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:56 MYT
Artikel Pilihan Kukuhkan Perpaduan Elakkan Perpecahan Kpn
Home / Article / Artikel Pilihan Kukuhkan Perpaduan Elakkan Perpecahan Kpn
Back to Library
Article

Artikel Pilihan Kukuhkan Perpaduan Elakkan Perpecahan Kpn

Sumber: Sinar Harian
Kuala Lumpur, 26 November 2023 - Umat Islam di negara ini seharusnya memperkukuhkan lagi semangat perpaduan sesama rakyat dalam usaha menjaga keharmonian antara agama dan bangsa.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, perpaduan sesama umat Islam adalah tunjang kekuatan sesebuah agama sekali gus mengelakkan perpecahan.

"Perpecahan bukan hanya akan berlaku dalam agama, malah isu perkauman juga bakal membawa kemudaratan kepada negara.
"Kita perlu menyelami dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah, kaum Ansar disatukan dengan Muhajirin dan inilah ikutan yang sepatutnya dicontohi," katanya.

Tan Sri Razarudin berkata, dalam konteks perpaduan dan keharmonian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memandang serius peringatan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, bahawa betapa bahayanya budaya kafir-mengkafir sesama Islam yang ciri-cirinya sudah mula menusuk ke dalam negara ini.

"Sekadar pandangan cetek saya, budaya memfitnah, menggunakan agama sebagai alasan untuk menjatuhkan orang dan melakukan provokasi akan lebih membawa kepada keburukan serta kehancuran. Ia tidak memberi apa-apa faedah kepada keharmonian kepelbagaian agama, bangsa di Malaysia.

Beliau juga berkata, sebarang isu berkaitan agama dan kaum juga tidak harus dipolitikkan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 26 Nov 2023 12.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM