Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kpn Buat Lawatan Mengejut Ke Rumah Anggota Pesara Polis

Published: 11 Mar 2024 1.24 AM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, membuktikan komitmen terhadap soal kebajikan anak buahnya apabila melakukan beberapa lawatan mengejut, termasuk ke atas seorang anggota polis yang mengalami strok sehingga hilang keupayaan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kpn-buat-lawatan-mengejut-ke-rumah-anggota-pesara-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:32 MYT
Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, membuktikan komitmen terhadap soal kebajikan anak buahnya apabila melakukan beberapa lawatan mengejut, termasuk ke atas seorang anggota polis yang mengalami strok sehingga hilang keupayaan.

Lawatan bermula pada Jumaat lalu yang menyaksikan Tan Sri Razarudin menyantuni anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, Koperal Detektif Ganeshwaran Sithambaram, di kediamannya di Kajang, Selangor.

Koperal Detektif Ganeshwaran mengalami strok pada 5 September 2020 sehingga hilang keupayaan pergerakan kaki dan tangan kiri, selain tidak dapat bertutur dengan sempurna.

Rakaman video TikTok rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan dalam lawatan itu, Tan Sri Razarudin bertanya khabar dan perkembangan terkini kesihatan Koperal Detektif Ganeshwaran yang dilihat semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.

Malah, KPN turut melapangkan masa melawat pesara polis merangkap bekas anggota Pancaragam PDRM, Lans Koperal Mustamin Shahabudin di rumahnya di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang dan anggota Unit Rondaan Bermotosikal, IPD KULIM, Koperal Muhammad Khairul Syafiq Ahmad di rumahnya dekat Taman KTC, Kulim, Kedah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kpn-buat-lawatan-mengejut...

Sumber: Berita Harian

Pautan Berita:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1221903/kpn-buat-lawatan-mengejut-ke-rumah-anggota-pesara-polis
ArticlePublished 11 Mar 2024 1.24 AMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM