Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Konsep Sewa Tangani Isu Perumahan Polis Di Lembah Klang Timbalan Kpn

Published: 26 Nov 2021 3.52 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Maran, 26 November 2021 - Kertas cadangan bagi melaksanakan konsep sewa kediaman bagi menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-konsep-sewa-tangani-isu-perumahan-polis-di-lembah-klang-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:34 MYT
Maran, 26 November 2021 - Kertas cadangan bagi melaksanakan konsep sewa kediaman bagi menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, bagi fasa pertama pelaksanaan konsep itu akan dimulakan di Lembah Klang dengan 220 unit.

"Keperluan untukmenyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai dan anggota kita adalah sangat mendesak, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

"Elaun perumahan diterima anggota kita hanya sekitar RM300 sebulan, mana nak cari rumah sewa pada harga begitu di Kuala Lumpur, sewa bilik bolehlah.

"Jadi kita kemukakan cadangan kepada KDN bagi mencari jalan penyelesaian dan harap ia dapat dipertimbangkan serta diluluskan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan ke perumahan polis terbengkalai di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran, dekat sini, semalam.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../konsep-sewa-tangani-isu...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 26 Nov 2021 3.52 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM