Artikel
Artikel Pilihan Kesiapsiagaan Warga Pdrm Kena Optimum Hadapi Monsun Timur Laut Kpn
Kuala Lumpur, 5 Disember 2025 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memastikan kesiapsiagaan pada tahap optimum bagi menghadapi cabaran Monsun Timur Laut...
Kuala Lumpur, 5 Disember 2025 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memastikan kesiapsiagaan pada tahap optimum bagi menghadapi cabaran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka akan berterusan sehingga Mac 2026.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, berdasarkan ramalan cuaca daripada MetMalaysia, sepanjang tempoh ini, negara dijangka akan mengalami antara lima hingga tujuh episod hujan lebat, terutamanya di negeri Utara dan Pantai Timur Semenanjung.
"Dalam menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu ini, Saya menggesa seluruh warga PDRM menggembleng tenaga dan bertindak secara lebih proaktif serta efektif, khususnya dalam menghadapi bencana banjir.
"Laksanakan pemantauan dan koordinasi secara berterusan, bagi memastikan penyaluran bantuan kepada masyarakat yang terjejas, dapat dilakukan dengan pantas dan menyeluruh," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara Bulan Disember 2025 anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut;