Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kesiapsiagaan Pdrm Hadapi Ancaman Di Perairan

Published: 02 Sep 2021 8.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dipertingkatkan dalam menghadapi cabaran dan ancaman keselamatan di perairan negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kesiapsiagaan-pdrm-hadapi-ancaman-di-perairan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:42 MYT
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Kesiapsiagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa dipertingkatkan dalam menghadapi cabaran dan ancaman keselamatan di perairan negara.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, ia termasuk pemantapan tindakan dan operasi dari semasa ke semasa untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan, selain mengawal kemasukan warga asing serta penyeludupan.

"Ia adalah satu tindakan ataupun operasi yang berterusan sehinggalah suasana dapat dikawal sepenuhnya.

"Seperti sedia maklum ia (kawalan) bukan saja pantai timur Sabah, bahkan juga di sempadan utara semenanjung Malaysia, pantai Johor dan begitu juga di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, hari ini.
Dato' Sri Acryl Sani berkata, PDRM dapat mengekalkan kesiapsagaan berdasarkan kepada sumber tenaga manusia dan kekuatan aset yang digerak atur secara efektif.

Bagaimanapun, katanya, pengupayaan itu mempunyai cabarannya dan PDRM akan sentiasa berusaha menambah baik mengikut keperluan.

Sumber: Harian Metro

Kesiapsiagaan PDRM hadapi ancaman di perairan | Harian Metro
ArticlePublished 02 Sep 2021 8.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM