Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kes Pemerdagangan Manusia Polis Kerjasama Bank Negara Semak Transaksi Beberapa Individu Kpn

Diterbitkan: 03 Sep 2024 1.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 3 September 2024 - Siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas timbalan menteri dengan sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di Myanmar, kini tertumpu kepada semakan transaksi kewangan beberapa individu yang dikaitkan kes itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-pemerdagangan-manusia-polis-kerjasama-bank-negara-semak-transaksi-beberapa-individu-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:19 MYT
Kuala Lumpur, 3 September 2024 - Siasatan berhubung dakwaan pembabitan bekas timbalan menteri dengan sindiket pemerdagangan manusia yang beroperasi di Myanmar, kini tertumpu kepada semakan transaksi kewangan beberapa individu yang dikaitkan kes itu.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, untuk itu pihaknya mendapatkan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mendapatkan maklumat transaksi membabitkan kemasukan dan pengeluaran wang daripada syarikat atau akaun persendirian yang disyaki berkaitan kes itu.

"Kita (PDRM) masih menunggu maklum balas daripada BNM mengenai semakan transaksi wang membabitkan beberapa individu dan ia memerlukan masa untuk mendapatkannya.

"Semakan itu akan menumpukan kepada aliran transaksi yang berlaku di Myanmar membabitkan individu tertentu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, beliau mengesahkan polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk ahli politik dan suaminya berhubung kes yang didakwa mempunyai kaitan dengan pasangan berkenaan.

Sumber: Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 03 Sep 2024 1.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM