Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kes Orang Hilang Tak Membimbangkan 90 Peratus Ditemui Semula

Diterbitkan: 22 Aug 2024 6.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya bagaimanapun tidak pernah sesekali menutup atau menghentikan mana-mana kes OH yang masih belum ditemui.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-orang-hilang-tak-membimbangkan-90-peratus-ditemui-semula
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 03:30 MYT
Kuala Lumpur, 21 Ogos 2024 - Kes Orang Hilang (OH) yang dilaporkan berlaku di negara ini masih berada pada tahap terkawal dan tidak membimbangkan.

Ini disebabkan sebahagian besar kes OH yang dilaporkan adalah membabitkan golongan remaja yang dipengaruhi rakan mereka menyebabkan mereka melarikan diri dari rumah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya bagaimanapun tidak pernah sesekali menutup atau menghentikan mana-mana kes OH yang masih belum ditemui.

"Seperti yang sering dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan saya sendiri sebelum ini bahawa kes OH ini adalah terkawal dan tidak membimbangkan.

"Namun sekali lagi saya tegaskan bahawa stigma yang masyarakat perlu menunggu 24 jam untuk membuat laporan berkaitan kes OH saya rasa tidak wujud.

"Sekiranya ada mana-mana ahli keluarga, waris atau kenalan yang mengesyaki adanya perbuatan jenayah berhubung OH, mereka ini diminta untuk membuat laporan polis seberapa cepat yang mungkin," katanya selepas menghadiri Kursus Behavioral Science Unit di Maktab Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Kes Orang Hilang Tak Membimbangkan 90 Peratus Ditemui Semula
ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2024 6.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM