Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kes Memandu Melulu Meningkat Hampir 50 Peratus Dalam Tempoh Enam Bulan

Diterbitkan: 04 Jul 2026 8.59 AM Dikemas kini: 21 Sep 2026 8.09 PM
Kuala Lumpur, 4 Julai 2026 - Kes memandu secara melulu dan membahayakan merekodkan peningkatan hampir 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-memandu-melulu-meningkat-hampir-50-peratus-dalam-tempoh-enam-bulan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 4 Julai 2026 - Kes memandu secara melulu dan membahayakan merekodkan peningkatan hampir 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Peningkatan itu menunjukkan trend pemanduan agresif yang semakin membimbangkan serta berpotensi mencetuskan insiden buli jalan raya atau "road rage".

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, sebanyak 1,278 kertas siasatan dibuka bagi tempoh 1 Jan hingga 28 Jun tahun ini berbanding 852 dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 426 kes.

Beliau berkata Johor merekodkan jumlah kertas siasatan tertinggi tahun ini dengan 354 kes, diikuti Kuala Lumpur (230), Selangor (200), Negeri Sembilan (119), Kelantan (84), Perak (60), Terengganu (49), Sarawak (44), Melaka (37), Kedah (33), Pulau Pinang (27), Pahang (24), Sabah (15) dan Perlis (dua).

“Berbanding tempoh sama tahun lepas, Johor turut mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 175 kes, diikuti Selangor (+117), Kuala Lumpur (+74), Negeri Sembilan (+56), Terengganu (+26), Perak (+20), Sarawak (+11), Kedah (+8) dan Pahang (+3), manakala Kelantan kekal dengan 84 kes.

“Pulau Pinang, Sabah, Perlis dan Melaka pula merekodkan penurunan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 04 Jul 2026 8.59 AMDikemas kini 21 Sep 2026 8.09 PM