Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kes Bunuh Zayn Rayyan Bukit Aman Minta Bantuan Mcmc Turunkan Kandungan Didakwa Fakta Siasatan

Published: 14 Jun 2024 11.18 AM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-bunuh-zayn-rayyan-bukit-aman-minta-bantuan-mcmc-turunkan-kandungan-didakwa-fakta-siasatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:59 MYT
Kuala Lumpur, 14 Jun 2024 - Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata penyebaran maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sedemikian adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.
Berikutan itu, katanya pihaknya akan menghubungi MCMC bagi menyekat penyebaran maklumat yang tidak sahih sehingga boleh mengganggu perjalanan perbicaraan kes kanak-kanak autisme itu.

"Saya ingin katakan sekali lagi segala perkara yang membabitkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
"Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh sesiapa sahaja yang kita kesan (pelaku) kemudian kerana dia boleh mengganggu perjalanan perbicaraan.
"Ia memang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan yang akhirnya kita tidak akan mendapat keadilan kepada arwah adik Zayn Rayyan itu sendiri," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kes-bunuh-zayn-rayyan...

Sumber: Berita Harian

 
ArticlePublished 14 Jun 2024 11.18 AMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM