Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kes Bunuh Nur Farah Kartini Pdrm Akan Siasat Secara Telus Adil Kpn

Published: 16 Jul 2024 1.55 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kes-bunuh-nur-farah-kartini-pdrm-akan-siasat-secara-telus-adil-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:25 MYT
Kuala Lumpur, 16 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil berhubung kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Hussain, berkata siasatan akan dijalankan dengan sewajarnya dan tidak akan sekali-kali melindungi anggota polis yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu jika mendapati terbabit dalam pembunuhan gadis itu.

"Pendirian kami jelas. Pangkat atau kedudukan anda tidak penting.

"Anggota polis yang melakukan jenayah akan menghadapi keadilan atas apa yang mereka lakukan. Jangan harap kami akan melindungi perbuatannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga PDRM bahawa mereka mengangkat sumpah untuk berkhidmat kepada orang ramai dan menguatkuasakan undang-undang.

"Ingat sumpah ini dan ketahuilah bahawa kelakuan anda mewakili seluruh pasukan polis.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kes-bunuh-nur-farah...

ArticlePublished 16 Jul 2024 1.55 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM