Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kertas Siasatan Teresa Kok Dijangka Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara Esok Kpn

Published: 11 Sep 2024 1.43 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah memanggil saksi- saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kertas-siasatan-teresa-kok-dijangka-dirujuk-ke-pejabat-peguam-negara-esok-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:23 MYT
Kuantan, 11 September 2024 - Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah memanggil saksi- saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.

"Dalam masa dua hari mungkin esok kita akan hantar ke Pejabat Peguam Negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, hari ini.

Tan Sri Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata polis telah menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa setakat 12 tengah hari semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Isu Sijil Halal: Kertas Siasatan Teresa Kok Dijangka Dirujuk Ke Pejabat Peguam Negara Esok
ArticlePublished 11 Sep 2024 1.43 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM