Artikel
Artikel Pilihan Kertas Siasatan Pensyarah Hina Nabi Dirujuk Ke Agc Selasa Ini Kpn
Kuala Lumpur, 30 November 2024 - Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru in...
Kuala Lumpur, 30 November 2024 - Kertas siasatan berhubung kes seorang pensyarah menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini, akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa ini.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, hari ini.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak AGC pada Selasa ini.
"Kita (polis) juga sudah mengambil keterangan lima individu yang terbabit secara langsung," katanya.
Tan Sri Razarudin sebelum ini mengesahkan pensyarah terbabit sudah dirakam keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 25 November lalu.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
