Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kertas Siasatan Kes Parodi Dd Chronicle Dirujuk Peguam Negara Esok Kpn

Diterbitkan: 19 Feb 2024 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kertas-siasatan-kes-parodi-dd-chronicle-dirujuk-peguam-negara-esok-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Kuala Lumpur, 19 Februari 2024 - Polis sudah selesai merakam keterangan pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berhubung video parodinya didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu berkata Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis lalu.

"Rakaman percakapan suspek sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada jam 10.15 pagi, Khamis lalu.

"Siasatan berkait kes ini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyan 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/02/1214274/kertas-siasatan-kes-parodi-dd-chronicle-dirujuk-peguam-negara-esok
ArtikelDiterbitkan 19 Feb 2024 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM