Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kertas Siasatan Kes Hina Jata Negara Fitnah Dato Seri Dr Wan Azizah Diserah Ke Peguam Negara Kpn

Diterbitkan: 08 Nov 2023 2.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kertas-siasatan-kes-hina...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kertas-siasatan-kes-hina-jata-negara-fitnah-dato-seri-dr-wan-azizah-diserah-ke-peguam-negara-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:50 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2023 - Kertas siasatan berhubung kes pengarang buku kontroversi 'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia' yang didakwa menghina Jata Negara sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, ketika mengesahkan perkara itu berkata polis membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 8(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

"Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC pada 25 Oktober lalu.
"Ia masih dalam peringkat kajian pihak terbabit (AGC)," katanya.

Pada 16 Oktober lalu, pengarang buku yang disiasat susulan laporan mengenai penghinaan terhadap Jata Negara ditahan polis di Pejabat Imigresen Kelana Jaya, semasa memohon pembaharuan pasport.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan kes hantaran didakwa berunsur fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Razarudin berkata, kertas siasatan kes itu juga sudah diserahkan kepada AGC.
"Kes ini turut disiasat oleh USJT dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC pada 31 Oktober lalu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kertas-siasatan-kes-hina...

 
ArtikelDiterbitkan 08 Nov 2023 2.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM