
Artikel
Artikel Pilihan Keluarga Polis Teruskan Legasi Rentas Tiga Generasi
Lebih membanggakan Sarjan Hussin apabila anaknya itu yang kini menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Machang, adalah generasi ketiga polis dalam keluarga merek...
Bachok, 23 Ogos 2024 - Selama 34 tahun menabur bakti sebagai anggota polis, pesara, Sarjan Hussin Deris, 76, amat berbangga apabila anak sulungnya Superintendan Ahmad Shafiki, 51, turut mengikut jejak menyarung seragam “Sang Saka Biru” itu.
“Sebelum saya dan anak sulung, bapa saya sudah terlebih dahulu berkhidmat dalam pasukan polis iaitu ketika negara belum mencapai kemerdekaan.
"Dua lagi anak saya Kamarul Hisham dan yang bongsu, Mohamad Abdul Hakim masing-masing juga anggota pasukan keselamatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta, Perak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin semasa Program Santuni Pesara Polis Sempena Bulan Kemerdekaan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di Kampung Alor Bakat di sini semalam.
Beliau yang mesra dengan panggilan 'Pok Nik Hussin' berkata abangnya, Abu Hassan Deris, 78, turut menganggotai pasukan polis.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2332401
Sumber: BERNAMA