Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Keluarga Polis Teruskan Legasi Rentas Tiga Generasi

Published: 23 Aug 2024 6.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lebih membanggakan Sarjan Hussin apabila anaknya itu yang kini menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Machang, adalah generasi ketiga polis dalam keluarga mereka iaitu selepas beliau dan bapanya sendiri, Allahyarham Koperal Deris Said.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-keluarga-polis-teruskan-legasi-rentas-tiga-generasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:51 MYT
Bachok, 23 Ogos 2024 - Selama 34 tahun menabur bakti sebagai anggota polis, pesara, Sarjan Hussin Deris, 76, amat berbangga apabila anak sulungnya Superintendan Ahmad Shafiki, 51, turut mengikut jejak menyarung seragam “Sang Saka Biru” itu.

Lebih membanggakan Sarjan Hussin apabila anaknya itu yang kini menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Machang, adalah generasi ketiga polis dalam keluarga mereka iaitu selepas beliau dan bapanya sendiri, Allahyarham Koperal Deris Said.

“Sebelum saya dan anak sulung, bapa saya sudah terlebih dahulu berkhidmat dalam pasukan polis iaitu ketika negara belum mencapai kemerdekaan.

"Dua lagi anak saya Kamarul Hisham dan yang bongsu, Mohamad Abdul Hakim masing-masing juga anggota pasukan keselamatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Gerakan Am di Ulu Kinta, Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin semasa Program Santuni Pesara Polis Sempena Bulan Kemerdekaan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di Kampung Alor Bakat di sini semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan 'Pok Nik Hussin' berkata abangnya, Abu Hassan Deris, 78, turut menganggotai pasukan polis.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2332401
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Keluarga Polis Teruskan Legasi Rentas Tiga Generasi

ArticlePublished 23 Aug 2024 6.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM