Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kelemahan Penyeliaan Dorong Polis Terbabit Kes Salah Laku Timbalan Kpn

Published: 23 Jan 2024 11.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Kelemahan penyeliaan menjadi antara punca pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit kes salah laku.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kelemahan-penyeliaan-dorong-polis-terbabit-kes-salah-laku-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
Kuala Lumpur, 23 Januari 2024 - Kelemahan penyeliaan menjadi antara punca pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit kes salah laku.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, prosedur operasi standard (SOP) pengambilan baharu pegawai dan anggota polis sedia ada dan ianya sudah lengkap dan mencukupi.

Beliau berkata, kelemahan aspek penyeliaan menjadi antara punca yang mendorong segelintir anggota terbabit dalam isu salah laku termasuk isu integriti dan perbuatan jenayah.

"SOP pengambilan sudah lengkap, tetapi ada kelemahan penyeliaan dan tindakan tegas perlu diambil.

"Kebanyakan mereka (anggota dan pegawai baharu) semasa masuk polis tiada masalah, namun disebabkan persekitaran, cabaran besar mungkin mereka tergoda.

"Ini masalah daripada segi penyeliaan, ia perlu diperkemaskan bagi mengurangkan isu ini (salah laku)," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kelemahan-penyeliaan...

ArticlePublished 23 Jan 2024 11.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM