Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Keldai Akaun Punca Kerugian Jutaan Ringgit

Diterbitkan: 07 Mar 2020 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Pelbagai cara dan kaedah sindiket scam untuk menipu mangsa. Ada yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa seperti Polis, Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai bank untuk menakutkan mangsa dan akhirnya wang tunai milik mangsa berjumlah ribuan ringgit diserahkan begitu sahaja kepada sindiket melalui transaksi secara atas atas talian.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-keldai-akaun-punca-kerugian-jutaan-ringgit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:19 MYT

Pelbagai cara dan kaedah sindiket scam untuk menipu mangsa. Ada yang menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa seperti Polis, Kastam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pegawai bank untuk menakutkan mangsa dan akhirnya wang tunai milik mangsa berjumlah ribuan ringgit diserahkan begitu sahaja kepada sindiket melalui transaksi secara atas atas talian.

Selain itu, wujud juga sindiket penipuan didalangi warga asing yang kononnya menagih cinta kepada mangsa yang dijadikan kekasih yang kemudiannya kerugian besar selepas terpedaya dengan janji manis mangsa.

Peliknya, biarpun Polis sering melaksanakan pelbagai langkah pencegahan menerusi kempen dan lain-lain medium, namun kes masih tetap dilaporkan berlaku. Mengapa? Adakah sebab masyarakat kita kurang celik dan tidak ambil iktibar?

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor, ACP Fazlisyam Abd Majid berkata, di Selangor terdapat empat kes penipuan (scam) yang kerap dilaporkan iaitu Macau Scam, Love Scam, Pembelian Online serta Pinjaman Tidak Wujud (PTW).

Menurutnya, daripada empat scam tersebut, bermula dari tahun 2018 sehingga Februari 2020, kerugian dicatatkan mencecah RM441.03 juta.

"Siasatan polis mendapati di antara 'pendukung' yang membantu menggerakkan kegiatan penipuan ini adalah keldai akaun.

"Scam tidak akan berjaya tanpa keldai akaun yang mana majoritinya adalah rakyat tempatan sendiri. Sama ada mereka diupah untuk memberikan akaun mereka, diperdaya dan lain-lain faktor, itu tetap menjadi satu kesalahan.

"Kita tidak tolak kemungkinan ada ejen yang memainkan peranan mencari individu untuk dijadikan sebagai keldai akaun dengan bayaran sekitar RM100 hingga RM200.

"Masyarakat perlu sedar perkara ini, usah sewenangnya menyerahkan akaun anda kepada mana-mana pihak kerana ia mengundang bencana kepada anda kerana siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya kepada Sinar Harian.

Bacaan lanjut menerusi pautan: https://www.sinarharian.com.my/…/Keldai-akaun-punca-kerugia…

Artikel Pilihan Keldai Akaun Punca Kerugian Jutaan Ringgit
https://www.sinarharian.com.my/article/72818/BERITA/Jenayah/Keldai-akaun-punca-kerugian-jutaan-ringgit?fbclid=IwAR0jUejpkrGojsZM0XaxQKoMjD5TwXXWFVm9h2jBr8XsqFUMXjWlX_9MMkQ
ArtikelDiterbitkan 07 Mar 2020 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM