Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Laksana Teras Perkukuh Sempadan Negara

Published: 10 Dec 2021 2.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 - Teras utama memperkukuhkan kawalan sempadan negara yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia berjaya dilaksana.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-laksana-teras-perkukuh-sempadan-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:19 MYT
Kuala Lumpur, 10 Disember 2021 - Teras utama memperkukuhkan kawalan sempadan negara yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia berjaya dilaksana.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin berkata, teras yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi lain di bawahnya.

"Antaranya, ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Oktober lalu.

"Pada 11 November lalu, kerajaan bersetuju melantik bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah, sebagai Ketua Pasukan Nukleus "Single Border Agency" bagi memperincikan penubuhan agensi tunggal menjaga pintu masuk negara dengan lebih cekap," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya, malam tadi.

Dato’ Seri Hamzah berkata, pihaknya turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman mendapatkan khidmat kepolisian.


May be an image of 3 people, people standing and text that says 'Û DALAN NEGERI TERAS1 MEMPERKUKUH KAWALAN SEMPADAN NEGARA PENYERAPAN FUNGSI AKSEM KE PDRM

May be an image of 2 people, people sitting and text that says 'PENANGTERENGGAN TERAS 1 SABAH DALAM EGERI Malaysia MEMPERKUKUH KAWALAN SEMPADAN NEGARA PASU

May be an image of 3 people and text that says 'TERAS 1 AN MEMPERKUKUH KAWALAN SEMPADAN NEGARA POS KAWALAN SEMPADAN SEBAGAI BALAI POLIS Inisiatif 100 Hari
ArticlePublished 10 Dec 2021 2.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM