Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Kdn Kaji Kaedah Kawal Selia Sesuai Urus Hal Ehwal Pesara Polis

Diterbitkan: 04 Sep 2023 1.42 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia bagi menjamin kebajikan golongan itu yang meliputi sejumlah 42,278 orang setakat hujung tahun lalu, selain menghargai sumbangan dan jasa mereka.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-kaji-kaedah-kawal-selia-sesuai-urus-hal-ehwal-pesara-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:57 MYT
Muar, 4 September 2023 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji kaedah kawal selia yang sesuai bagi menguruskan hal ehwal pesara polis dan bekas polis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia bagi menjamin kebajikan golongan itu yang meliputi sejumlah 42,278 orang setakat hujung tahun lalu, selain menghargai sumbangan dan jasa mereka.

"Berdasarkan unjuran persaraan pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis pada 2023, dianggarkan seramai 3,990 orang yang akan bersara, menjadikan jumlah pesara polis menjelang penghujung tahun 2023 adalah seramai 46,268 orang.

"Bilangan ini adalah satu bilangan yang besar untuk diuruskan dan memerlukan satu kaedah kawal selia yang teratur diwujudkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pesara Polis Johor Cawangan Muar, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kdn-kaji-kaedah-kawal...


KDN kaji kaedah kawal selia sesuai urus hal ehwal pesara polis | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 04 Sep 2023 1.42 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM