Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kdn Cadang Jadikan Institusi Pengajian Pondok Rakan Stratergik Banteras Fahaman Ekstremisme

Published: 10 Mar 2025 7.52 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menjadikan institusi pengajian pondok sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras fahaman ekstremisme.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kdn-cadang-jadikan-institusi-pengajian-pondok-rakan-stratergik-banteras-fahaman-ekstremisme
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:32 MYT
Sungai Petani, 10 Mac 2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bercadang menjadikan institusi pengajian pondok sebagai rakan strategik dalam usaha membanteras fahaman ekstremisme.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerjasama itu bertujuan menyemai pemahaman Islam yang lebih inklusif serta menangani cabaran sosial yang semakin kompleks.

"Saya melihat sendiri bagaimana institusi berkenaan bukan sahaja meneruskan tradisi ilmu Islam, tetapi juga berfungsi sebagai benteng akidah umat Islam sejak zaman penjajahan sehingga kini. Mereka bergerak tanpa peruntukan tetap kerajaan, hanya bergantung kepada sumbangan zakat dan derma.

"Saya berpendapat bahawa institusi pengajian pondok ini boleh menjadi rakan strategik kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia khususnya dalam membendung fahaman ekstremisme, membina kefahaman Islam lebih inklusif dan menangani cabaran sosial yang semakin kompleks," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../kdn-cadang-jadikan...


Saifuddin ketika berkunjung dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai di Bazar Ramadan Bandar Puteri Jaya di sini, semalam. - Foto Noorazura Abdul Rahman
ArticlePublished 10 Mar 2025 7.52 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM