Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Kadet Polis Suksis Berpotensi Lahir Pegawai Anggota Pdrm

Published: 04 Dec 2021 12.44 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Melaka, 4 Disember 2021 - Pasukan badan beruniform Kadet Polis Diraja Malaysia dan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), dilihat sebagai platform yang berpotensi untuk melahirkan pelapis pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-kadet-polis-suksis-berpotensi-lahir-pegawai-anggota-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:35 MYT
Melaka, 4 Disember 2021 - Pasukan badan beruniform Kadet Polis Diraja Malaysia dan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), dilihat sebagai platform yang berpotensi untuk melahirkan pelapis pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata kedua-dua pasukan tersebut juga mampu berperanan sebagai pencari bakat atau 'talent scout', dalam pengambilan pegawai dan anggota polis.

"Untuk cadangan pencari bakat kita akan lakukan kajian bagi memperhalusi perkara itu, dan sebenarnya telah ada program seumpama itu di peringkat universiti awam iaitu bagi calon-calon berpotensi kita akan ambil sebagai pegawai kanan.

“Sementara itu, bagi peringkat kadet polis bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5, setelah mereka menamatkan pengajian sekolah menengah, calon-calon layak memohon jawatan konstabel polis dan mereka ini adalah kelompok berpotensi untuk kita ambil sebagai anggota,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menyarankan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan pencari bakat, bagi memastikan pengambilan pegawai dan anggota pasukan itu pada masa depan adalah mereka yang benar-benar layak, berminat dan terbaik.

Bacaan lanjut di pautan berikut: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2030136

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 04 Dec 2021 12.44 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM