Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jspt Keluar 45 237 Saman Dalam Op Kenderaan Perdagangan Setakat Bulan Lalu 20241230

Published: 30 Dec 2024 3.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Seremban, 27 Disember 20024 - Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Op Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jspt-keluar-45-237-saman-dalam-op-kenderaan-perdagangan-setakat-bulan-lalu-20241230
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Seremban, 27 Disember 20024 - Sebanyak 45,237 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan berikutan pemeriksaan terhadap 235,616 kenderaan perdagangan dalam 5,747 Op Kenderaan Perdagangan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata daripada jumlah saman itu 28,298 dikeluarkan bagi lori, bas (349) manakala kenderaan pelbagai guna seperti van dan jip yang didaftarkan atas nama syarikat (16,590).

"Saman tertinggi melibatkan kesalahan tiada Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sebanyak 10,859 notis, diikuti menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu (9,254), Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh (8,380), tidak mematuhi lampu isyarat merah (3,676) dan lesen memandu telah tamat tempoh (2,179).

"Bagi kesalahan bawa muatan lebih had ditetapkan, kertas siasatan dibuka melibatkan 380 kenderaan manakala 154 lori, 106 kenderaan pelbagai guna dan satu bas telah disita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../jspt-keluar-45237-saman...

Sumber: Berita Harian

JSPT keluar 45,237 saman dalam Op Kenderaan Perdagangan setakat bulan lalu | Berita Harian
ArticlePublished 30 Dec 2024 3.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM