Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jsjk Saran Bnm Gubal Peraturan Berkaitan Pelaburan Emas

Published: 05 May 2024 8.03 AM Updated: 15 Aug 2026 8.16 PM
Kuala Lumpur, 5 Mei 2024 - Nilai emas yang terus meningkat diambil kesempatan oleh sesetengah syarikat pelaburan dalam menarik orang ramai membuat pelaburan berasaskan logam berharga itu, namun kemudian berakhir dengan penipuan dan menyebabkan ramai kerugian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jsjk-saran-bnm-gubal-peraturan-berkaitan-pelaburan-emas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:25 MYT
Kuala Lumpur, 5 Mei 2024 - Nilai emas yang terus meningkat diambil kesempatan oleh sesetengah syarikat pelaburan dalam menarik orang ramai membuat pelaburan berasaskan logam berharga itu, namun kemudian berakhir dengan penipuan dan menyebabkan ramai kerugian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, emas dilihat sebagai aset yang stabil kerana nilainya terus meningkat, sekali gus menjanjikan keuntungan kepada pelabur.

"Mengambil kesempatan ini, banyak syarikat pelaburan dilihat mula menawarkan pelaburan berasaskan emas. Jika harga emas terus dalam trend menaik, maka ramai pelabur akan menjual untuk keuntungan dan pada masa sama, syarikat pelaburan tidak dapat memenuhi tebusan emas terbabit, sekali gus memberi kesan kepada pelabur.

"Melihat rekod siasatan dijalankan polis, kebanyakan skim pelaburan ini akan berakhir dengan penipuan dan kerugian kepada mangsa," katanya menyarankan Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan peraturan memastikan semua syarikat pelaburan berasaskan logam berharga supaya berdaftar dengan bank pusat itu.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-saran-bnm-gubal...

ArticlePublished 05 May 2024 8.03 AMUpdated 15 Aug 2026 8.16 PM