Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jips Tak Lindung Aniaya Pegawai Dan Anggota Terbabit Kesalahan Pengarah Jips

Published: 27 Feb 2022 5.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 27 Februari 2022 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melindungi atau menganiaya mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan, malah mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman setimpal, kata Pengarah JIPS, CP Dato' Azri Ahmad.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jips-tak-lindung-aniaya-pegawai-dan-anggota-terbabit-kesalahan-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuala Lumpur, 27 Februari 2022 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melindungi atau menganiaya mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan, malah mereka yang terbabit akan dikenakan hukuman setimpal, kata Pengarah JIPS, CP Dato' Azri Ahmad.

"Kami mempunyai "rule of law" yang mesti menghormati keadilan asasi semua pihak sama ada penjenayah atau orang yang sewajarnya jika terdapat keterangan menjurus kepada wujudnya apa-apa salah laku dan salah guna kuasa.

"Tiada mana-mana pihak yang teraniaya dan polis memberi keadilan kepada semua. Sudah tentu dalam menjalankan siasatan salah guna kuasa dan salah laku membabitkan pegawai dan anggota sendiri ini mempunyai cabarannya yang tersendiri," katanya kepada BERNAMA baru, baru ini.

Dato' Azri berkata, siasatan holistik dijalankan melalui prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi memastikan setiap kesalahan dan hukuman sewajarnya.

Beliau berkata, prinsip keadilan adalah keutamaan dalam setiap siasatan yang dijalankan dan pihaknya tidak akan mengambil tindakan sewenang-wenangnya.

"Ingin saya tegaskan, siasatan tatatertib adalah berbeza dengan siasatan jenayah dan prosesnya perlu dijalankan dengan teliti serta telus," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 27 Feb 2022 5.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM