Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jips Siasat 12 Anggota Kunjungi Pusat Hiburan Pengarah Jips

Published: 20 Dec 2024 1.35 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 20 Disember 2024 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan berhubung 12 anggota polis yang ditahan kerana berkunjung ke pusat hiburan di ibu negara, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jips-siasat-12-anggota-kunjungi-pusat-hiburan-pengarah-jips
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:23 MYT

Kuala Lumpur, 20 Disember 2024 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menjalankan siasatan berhubung 12 anggota polis yang ditahan kerana berkunjung ke pusat hiburan di ibu negara, baru-baru ini.

Operasi pada 12 Disember lepas itu dijalankan Cawangan Risikan Operasi JIPS Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Pengarah JIPS, CP Dato' Sri Azri Ahmad berkata, seramai 198 orang telah diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

Katanya, semakan mendapati 12 daripada mereka merupakan anggota polis, lapan penjawat awam dan selebihnya orang awam.

"Ujian air kencing yang dilakukan mendapati 12 anggota polis ini negatif dadah.

"Selain itu, empat orang awam didapati positif dadah serta seorang berstatus dikehendaki bersabit kes penipuan iaitu Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../jips-siasat-12-anggota...

Sumber: Sinar Harian

https://www.sinarharian.com.my/article/703218/berita/semasa/jips-siasat-12-anggota-kunjungi-pusat-hiburan---bukit-aman?fbclid=IwY2xjawHXB0tleHRuA2FlbQIxMQABHQx1nbs0dqld-WcCGXe8zJF1CL1y-EZ86bKRRuqeGeKWI6iAXRmbyoIXxA_aem_WXMtEt7I1Pq6x74va04vew


ArticlePublished 20 Dec 2024 1.35 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM