Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jips Laksana Ujian Integriti Kepada Pegawai Anggota Bertugas Di Lapangan

Published: 06 Mar 2022 6.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan ujian integriti bagi menguji, menilai tahap integriti atau pematuhan pegawai dan anggota polis yang bertugas di lapangan khususnya melibatkan penugasan ‘hotspot’ bagi mengekang gejala rasuah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jips-laksana-ujian-integriti-kepada-pegawai-anggota-bertugas-di-lapangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:49 MYT
 
Kuala Lumpur, 6 Mac 2022 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan ujian integriti bagi menguji, menilai tahap integriti atau pematuhan pegawai dan anggota polis yang bertugas di lapangan khususnya melibatkan penugasan ‘hotspot’ bagi mengekang gejala rasuah.

Pengarah JIPS, CP Dato’ Azri Ahmad berkata ujian integriti merupakan pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota serta pegawai polis menyamar sebagai orang awam.

Beliau berkata antara penugasan ‘hotspot’ adalah melibatkan penugasan di sekatan jalan raya, kereta peronda, unit rondaan bermotosikal dan pegawai penyiasat.

“Pelaksanaan ujian integriti ini mampu menutup ruang dan peluang berlakunya kes rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota polis disamping meningkatkan keyakinan masyarakat umum terhadap PDRM.

“Selain itu, dalam menangani isu rasuah ini, JIPS juga akan memperkasakan Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) yang diperkenalkan sejak 1979,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2058785

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Jips Laksana Ujian Integriti Kepada Pegawai Anggota Bertugas Di Lapangan


ArticlePublished 06 Mar 2022 6.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM