Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jips Dinaik Taraf Pegawai Rendah Polis Jadi Detektif Kpn

Published: 13 Jul 2020 9.51 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 - Sebanyak 70 pegawai rendah polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, akan dinaik taraf menjadi detektif untuk membolehkan mereka menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat salah laku, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jips-dinaik-taraf-pegawai-rendah-polis-jadi-detektif-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:02 MYT

Kuala Lumpur, 13 Julai 2020 - Sebanyak 70 pegawai rendah polis daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, akan dinaik taraf menjadi detektif untuk membolehkan mereka menyiasat pegawai dan anggota polis yang terlibat salah laku, kata Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.

“Apabila saya meluluskan mereka (pegawai rendah polis) dinaik taraf menjadi detektif, mereka layak menerima elaun siasatan sebanyak RM300,” katanya kepada Bernama di Bukit Aman, di sini.

Menurut Tan Sri Abdul Hamid, elaun siasatan itu diberikan sebagai motivasi kerana kerja mereka adalah untuk menyiasat mana-mana anggota atau pegawai polis yang melakukan salah laku.

“Ini termasuklah anggota atau pegawai polis yang (disyaki) menerima rasuah, tidak buat kerja, melanggar undang-undang, bersubahat dengan penjenayah dan sebagainya,” katanya.

Tan Sri Abdul Hamid berkata, berikutan langkah itu, JIPS yang sebelum ini diselia dan diketuai oleh pegawai rendah polis, kini akan dinaik taraf dan diselia oleh pegawai polis.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1859806

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Artikel Pilihan Jips Dinaik Taraf Pegawai Rendah Polis Jadi Detektif Kpn
ArticlePublished 13 Jul 2020 9.51 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM