Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jenayah Siber Narkotik Cabar Siap Siaga Polis Mdn

Published: 11 Mar 2024 1.13 PM Updated: 17 Jul 2026 2.25 AM
Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jenayah juga berubah dari semasa ke semasa sehingga kini memasuki fasa yang mencabar kewibawaan dan siap siaga pasukan polis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jenayah-siber-narkotik-cabar-siap-siaga-polis-mdn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT
Kuala Lumpur, 11 Mac 2024 - Pengalaman, keupayaan dan pengetahuan semata-mata kini tidak memadai untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah siber dan penyalahgunaan bahan seperti dadah.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jenayah juga berubah dari semasa ke semasa sehingga kini memasuki fasa yang mencabar kewibawaan dan siap siaga pasukan polis.

"Ini fenomena global, bukan sahaja di Malaysia. Jadi, tanggapan sekadar bergantung kepada pengalaman, keupayaan dan pengetahuan semata-mata adalah tidak memadai dalam usaha memerangi jenayah berkenaan.

"Memang ada berlaku serangan siber, namun perkara itu berada dalam radar pengesanan pihak berkuasa. Kita sedar ia berlaku dengan kerap dan ada keupayaan mengesan pencerobohan siber, termasuk (yang menyerang) laman strategik kerajaan.

"Cabarannya adalah bagaimana mahu tanganinya. Itu sebenarnya yang dalam usaha untuk dibincang di peringkat Majlis Keselamatan Negara," katanya pada Majlis Dialog Khas PDRM 2024 di Maktab PDRM, di sini hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../jenayah-siber-narkotik...

Sumber: Berita Harian


ArticlePublished 11 Mar 2024 1.13 PMUpdated 17 Jul 2026 2.25 AM