Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jangan Main Isu 3r Ketika Prk Pulai Simpang Jeram Kpn

Published: 24 Aug 2023 3.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Melaka, 24 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jangan-main-isu-3r-ketika-prk-pulai-simpang-jeram-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Melaka, 24 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Katanya, meskipun pernah memaklumkan hal itu sebelum ini, pihaknya sekali lagi mengingatkan kerana tidak mahu isu berkenaan terus dimainkan.

Beliau berkata, berdasarkan kematangan yang ditunjukkan rakyat Johor, khususnya penyokong parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, pihaknya yakin isu ini tidak akan ditimbulkan.

"Saya rasa bangsa Johor lagi matang dalam menghadapi PRK Pulai dan Simpang Renggam. Kalau kita tengok dalam PRN lepas pada penamaan calon memang tiada kes.

"Saya ingatkan juga supaya tiada lagi isu sensitif iaitu isu 3R dimainkan kerana kita pun tidak mahu membuka kertas siasatan atas isu-isu sebegini," katanya.

Katanya, Polis Diraja Malaysia juga sudah sepenuhnya bersiap sedia bagi menghadapi kedua-dua PRK berkenaan.

"Saya yakin Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat dan juga anggotanya sudah pun bersiap siaga. Saya akan turun hari ini untuk mendengar taklimat sahaja berkaitan persiapan yang dibuat," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../jangan-main-isu-3r-ketika...

 
ArticlePublished 24 Aug 2023 3.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM