Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jangan Jadikan Banjir Sebagai Pesta Timbalan Kp Kelantan

Published: 02 Mar 2022 1.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pasir Mas, 2 Mac 2022 - Jangan jadikan banjir sebagai pesta, itu amaran Polis Kelantan kepada orang ramai terutamanya dalam tempoh penularan COVID-19 kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jangan-jadikan-banjir-sebagai-pesta-timbalan-kp-kelantan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT
Pasir Mas, 2 Mac 2022 - Jangan jadikan banjir sebagai pesta, itu amaran Polis Kelantan kepada orang ramai terutamanya dalam tempoh penularan COVID-19 kini.

Timbalan Ketua Polis (Timbalan KP) Kelantan, DCP Dato' Muhamad Zaki Harun berkata, masyarakat perlu lebih mementingkan keselamatan dalam situasi banjir ini terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil.

Melalui tinjauan kita, kita dapat lihat yang ada di antara ibu bapa yang bawa anak kecil main air dan sebagainya, seolah tiada apa yang berlaku.

Kita perlu ingat, sekarang ini ada empat korban banjir, dua dewasa dan dua kanak-kanak. Nasihat saya, kepada warga emas, dalam waktu banjir ini keluarlah bersama anak-anak.

Mereka sudah berumur dan kesihatan pun semakin merosot. Kalau perlu keluar, bawalah anak-anak bersama. Mereka masih muda dan biarlah mereka bantu uruskan apa sahaja keperluan semasa banjir, katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/190600
Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 02 Mar 2022 1.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM