Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial

Published: 27 Feb 2020 9.45 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 27 Februari 2020 - Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-jaga-tutur-kata-ketika-debat-situasi-politik-negara-di-laman-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:30 MYT

Kuala Lumpur, 27 Februari 2020 - Ketua Polis Negara IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu menjaga perlakuan dan bijak dalam melontarkan pendapat supaya ia tidak melanggar undang-undang negara sekaligus tidak menjejaskan keselamatan dan keamanan negara.

"Saya dapati perdebatan (situasi politik negara) di dalam media sosial begitu hangat sekali. Saya juga mendapati suhu perdebatan ini semakin meningkat.

"Oleh itu sekali lagi saya ingatkan kepada semua pihak agar menjaga tindakan dan berhujahlah dengan penuh kewarasan agar orang ramai tidak gusar," katanya kepada Bernama.

Tan Sri Abdul Hamid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menghormati hak semua pihak untuk meluahkan pandangan dan menjalankan aktiviti politik selagi tidak mengancam keamanan dan ketenteraman negara.

"Di sini, saya memberi amaran terhadap usaha melibatkan elemen-elemen luar negara untuk masuk dan menghuru harakan keadaan.

"Cubaan dan perbuatan sebegini pasti akan ditangani dengan sekeras kerasnya kerana ia menepati ciri-ciri pengkhianatan terhadap negara," katanya.

Beliau menegaskan yang proses pembentukan kerajaan yang baharu masih berjalan dengan aktifnya mengikut Perlembagaan negara.

"Orang ramai perlu bersabar sedikit masa lagi... InsyaAllah PDRM sentiasa bersedia dan memberi jaminan proses ini (pembentukan kerajaan) tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak," katanya.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial

ArticlePublished 27 Feb 2020 9.45 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM