Artikel Pilihan Jaga Jaga Wahai Si Penjenayah Anda Sedang Diperhatikan
Langkawi, 24 Januari 2020 - Langkawi yang mendahului penggunaan teknologi komunikasi generasi kelima (5G) turut dimanfaatkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu dalam mengekang jenayah.
Malah, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim turut memberi amaran kepada penjenayah untuk tidak sewenangnya menjalankan kegiatan mereka di pulau pelancongan itu.
Katanya, "polis mampu memantau jenayah dari jarak jauh menerusi sistem Penyelesaian Keamanan dan Keselamatan Bandar Pintar 5G berpusat di IPD Langkawi".
Semua kamera itu memiliki Kepintaran Buatan (AI) dan analisis video, pemantauan masa nyata serta kualiti videonya berdefinisi tinggi, selain berupaya membuat pengecaman untuk mengenal pasti suspek dan nombor plat kenderaan.
Bacaan lanjut di https://www.hmetro.com.my/…/5380…/jaga-jaga-penjenayah-semua