Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Selisih Faham Punca Kekecohan Pergaduhan Sekumpulan Lelaki Di Balai Polis Meru

Diterbitkan: 05 Mar 2026 1.48 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.34 PM
Klang, 4 Mac 2025 - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca kekecohan dan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan di Balai Polis Meru di sini pada Isnin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-selisih-faham-punca-kekecohan-pergaduhan-sekumpulan-lelaki-di-balai-polis-meru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 22:08 MYT
Klang, 4 Mac 2025 - Perselisihan faham dipercayai menjadi punca kekecohan dan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki tempatan di Balai Polis Meru di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S Vijaya Rao berkata, kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu berlaku apabila tiga lelaki hadir ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan, sebelum secara tiba-tiba didatangi lima lelaki lain.

"Situasi berkenaan mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak sehingga seorang daripada kumpulan lima lelaki itu bertindak memukul pengadu menggunakan sebatang besi.

“Insiden tersebut turut menyebabkan kerosakan sebuah televisyen milik balai polis, kesemua suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

ACP S Vijaya Rao berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya menahan lima lelaki tempatan berusia 28 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148, 427, 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../selisih-faham-punca...

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Isu Tular Selisih Faham Punca Kekecohan Pergaduhan Sekumpulan Lelaki Di Balai Polis Meru
ArtikelDiterbitkan 05 Mar 2026 1.48 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.34 PM