
Article
Artikel Pilihan Isu Tular Polis Siasat Kejadian Hendap Di Kawasan Perumahan
Kuala Lumpur, 13 Februari 2023 - Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian seorang lelaki yang dipercayai mengendap di kawasan perumahan di...
Kuala Lumpur, 13 Februari 2023 - Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung kejadian seorang lelaki yang dipercayai mengendap di kawasan perumahan di Bandar Sri Permaisuri, di sini, yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian ini, pada 11.05 pagi, 16 Januari lalu.
"Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan kehormatan seseorang, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Sehingga kini beberapa orang saksi sudah dirakam percakapan," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Sumber: Harian Metro